Followers

Wednesday 28 May 2014

NOSTALGIKA QAULI DOA

Atas hamparan sejadah tatkala bersujud...

Aku mohon padaMu pemilik segala ruh atas bumi ini,
Aku mohon keampunan buat semua ahli baitku termasuklah rakan taulan yangku kenal mahupun yang menjauh
Aku mohon agar semuanya terpelihara dalam ikatan kasih sayang Ilahi dan keredhaanNya
Aku mohon rakan-rakan yang masih keras hatinya agar diberi kelembutan dan hidayah 
Aku mohon rakan-rakan yang terpengaruh kepada dosa kerana kelemahan diri mereka disedarkan jua
Aku mohon rakan-rakan yang menjauhiMu kembali bersujud dan taubat
Aku mohon rakan-rakan yang tidak memelihara lidah mereka agar kembali banyak berzikir dan berkata baik2
Aku mohon rakan-rakan yang berniat baik dipelihara daripada kejahatan jin, iblis, syaitan dan makhluk2 yang nyata dan jua makhluk2 ghaib.
Aku mohon rakan-rakan yang terlibat dengan alam ghaib kembali bersujud dan akur kekuatan Allah
Aku mohon rakan-rakan yang memutuskan silaturrahim bertaut kembali ukhuwwah kerana janjiNya syurga buatmu
Aku mohon rakan-rakan yang mencintai dunia kembali mengimbangi cinta mereka kepada Allah
Aku mohon rakan-rakan yang terbalut sifat sombong iblis dihias kembali sifat takwa dan sopan
Aku tidak mohon kalian diazab neraka tetapi aku mohon kalian diberi ilham baik dan menuju jalan syurga
Aku mohon hati kalian insaf kita hanya hamba yang hina dan sedarlah hanya takwa kalian jadi nilaian
Aku tidak mohon kalian diberi bala bencana namun Allah tetap membalas segala perbuatan kalian selama kalian tidak mahu insaf
Aku mohon kalian yang semakin menzalimi rakan lain agar berhenti dari terus menanam aniaya
Aku mohon kalian yang suka mereka-reka cerita agar sibuk berzikir dan mengaji Al-Quran dalam lapang waktu
Aku mohon kelapangan waktu kalian dipenuhi pemikiran berfaedah memajukan kerjaya dan ummah
Aku mohon kalian berhentilah berdengki-dengki dan merosakkan manusia lain
Aku mohon kalian jadi orang yang selalu menginsafi diri
Aku mohon kalian jadi orang yang memberi manfaat
Aku mohon kalian menerima segala kebaikan dunia dan akhirat.



Nukilan hatiku 2014