Followers

Wednesday 28 May 2014

NOSTALGIKA QAULI DOA

Atas hamparan sejadah tatkala bersujud...

Aku mohon padaMu pemilik segala ruh atas bumi ini,
Aku mohon keampunan buat semua ahli baitku termasuklah rakan taulan yangku kenal mahupun yang menjauh
Aku mohon agar semuanya terpelihara dalam ikatan kasih sayang Ilahi dan keredhaanNya
Aku mohon rakan-rakan yang masih keras hatinya agar diberi kelembutan dan hidayah 
Aku mohon rakan-rakan yang terpengaruh kepada dosa kerana kelemahan diri mereka disedarkan jua
Aku mohon rakan-rakan yang menjauhiMu kembali bersujud dan taubat
Aku mohon rakan-rakan yang tidak memelihara lidah mereka agar kembali banyak berzikir dan berkata baik2
Aku mohon rakan-rakan yang berniat baik dipelihara daripada kejahatan jin, iblis, syaitan dan makhluk2 yang nyata dan jua makhluk2 ghaib.
Aku mohon rakan-rakan yang terlibat dengan alam ghaib kembali bersujud dan akur kekuatan Allah
Aku mohon rakan-rakan yang memutuskan silaturrahim bertaut kembali ukhuwwah kerana janjiNya syurga buatmu
Aku mohon rakan-rakan yang mencintai dunia kembali mengimbangi cinta mereka kepada Allah
Aku mohon rakan-rakan yang terbalut sifat sombong iblis dihias kembali sifat takwa dan sopan
Aku tidak mohon kalian diazab neraka tetapi aku mohon kalian diberi ilham baik dan menuju jalan syurga
Aku mohon hati kalian insaf kita hanya hamba yang hina dan sedarlah hanya takwa kalian jadi nilaian
Aku tidak mohon kalian diberi bala bencana namun Allah tetap membalas segala perbuatan kalian selama kalian tidak mahu insaf
Aku mohon kalian yang semakin menzalimi rakan lain agar berhenti dari terus menanam aniaya
Aku mohon kalian yang suka mereka-reka cerita agar sibuk berzikir dan mengaji Al-Quran dalam lapang waktu
Aku mohon kelapangan waktu kalian dipenuhi pemikiran berfaedah memajukan kerjaya dan ummah
Aku mohon kalian berhentilah berdengki-dengki dan merosakkan manusia lain
Aku mohon kalian jadi orang yang selalu menginsafi diri
Aku mohon kalian jadi orang yang memberi manfaat
Aku mohon kalian menerima segala kebaikan dunia dan akhirat.



Nukilan hatiku 2014

Monday 22 April 2013

TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN LESTARI BAHASA 2013 NEGERI PAHANG


TEKS UCAPAN PROGRAM LESTARI BAHASA JABATAN PELAJARAN PAHANG DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA.

1.   YANG
2.    
3.    
4.    
5.   BARISAN PENGETUA DAN  GURU BESAR
6.   PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PELAJARAN  DAERAH
7.   AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN PETUGAS
8.   GURU-GURU PENGIRING DAN GURU-GURU PEMBIMBING
9.   ANAK-ANAK YANG DIKASIHI DARI SELURUH NEGERI PAHANG
10.               TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, HADIRIN YANG DIMULIAKAN,



1.           KESYUKURAN

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, ALLAH KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH RAHMATNYA KITA DAPAT HADIR BERSAMA-SAMA DALAM PROGRAM LESTARI BAHASA JABATAN PELAJARAN PAHANG DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013. DOA SAYA SEMOGA PENGLIBATAN ANAK-ANAK SEPANJANG PROGRAM INI AKAN SENTIASA MENDAPAT MANFAAT, BERKAT DAN RAHMAT DI SISINYA.




2.           SYABAS DAN TAHNIAH

YANG KURIK ITU KENDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG KERAS ITU TAKAL;
YANG BAIK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA,
YANG CERDAS ITU AKAL.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA UNIT KOKURIKULUM JABATAN PELAJARAN PAHANG DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA  KERANA DAPAT MENGANJURKAN SATU PROGRAM BAHASA YANG MEMENUHI ASPIRASI 1MALAYSIA DAN PENGLIBATAN YANG MENYELURUH DALAM KALANGAN MURID SELURUH NEGERI PAHANG. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS INI DAN SETERUSNYA DAPAT BERSUA MUKA DENGAN ANAK-ANAK DAN GURU-GURU DARI SELURUH NEGERI PAHANG YANG HEBAT-HEBAT BELAKA.

BERSYUKUR JUGA KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA, NEGARA YANG TERCINTA INI MASIH AMAN. KEHARMONIAN INILAH YANG MEMBOLEHKAN KITA DAPAT MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DALAM APA JUA AKTIVITI YANG BAIK DAN BERGUNA TERUTAMANYA SEMASA DI BANGKU SEKOLAH. PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PELENGKAP PEMBINAAN MODAL INSAN MURID SELAIN DARIPADA ASPEK KURIKULUM, INTELEK, KEROHANIAN DAN SAHSIAH. PEMBANGUNAN INSANIAH MURID PERLU DILIHAT SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU DALAM SEGALA ASPEK TERSEBUT.  PARA GURU, IBU BAPA, DAN MASYARAKAT UMUMNYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBENTUK DAN MENCORAKKAN ANAK BANGSA KITA MENGIKUT ACUAN DAN ADUNAN BUDAYA MALAYSIA. OLEH ITU KITA SEMUA PERLU  MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENCAPAI HASRAT TERSEBUT. 


 ANAK-ANAK ASUHAN YANG DIKASIHI,

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TERSEBUT AKAN BERMAKNA SEKIRANYA ANAK-ANAK SENDIRI MEMILIKI USAHA, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG SAMA. KEKUATAN DAYA JUANG, JATI DIRI DAN SEMANGAT ANAK-ANAK TERHADAP PENCAPAIAN KECEMERLANGAN DALAM SEMUA BIDANG YANG DISEBUTKAN TADI AMAT DITUNTUT. KECEMERLANGAN DAN KUALITI SESUATU HASIL BERGANTUNG KEPADA KESUNGGUHAN USAHA YANG DICURAHKAN OLEH ANAK-ANAK. JANGANLAH KITA GAGAL DALAM SESUATU PERKARA KERANA KITA TIDAK BERUSAHA LANGSUNG ATAU TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH, PERSIS KATA, KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANA KAN DAPAT SAGUNYA. HAYATILAH DALAM MAKNA PERIBAHASA TERSEBUT.
  




















HADIRIN YANG DIHORMATI,

3. PROGRAM LESTARI BAHASA

PROGRAM LESTARI BAHASA MERUPAKAN SATU USAHA MEYOKONG AGENDA PENDIDIKAN YANG BERASASKAN PERKEMBANGAN DAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN BERBAHASA MURID DALAM BIDANG BAHASA MALAYSIA.  PERTANDINGAN YANG KITA JALANKAN INI MERUPAKAN SATU USAHA PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI MEREALISASIKAN HASRAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SELARAS DENGAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI).

SEMUA AKTIVITI YANG BERLANGSUNG BAIK DALAM ASPEK KURIKULUM MAHU PUN KOKURIKULUM AKADEMIK DISELARASKAN DENGAN KEHENDAK DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN. ELEMEN-ELEMEN POSITIF DALAM PROGRAM INILAH YANG AKAN MEMBENTUK KEBUDAYAAN SESUATU MASYARAKAT YANG MERANGKUMI ADAB BERBUDI BAHASA, BERTATASUSILA, CARA BERTINDAK, BERKELAKUAN DAN CARA BERFIKIR.  AKHIRNYA BUDAYA INI AKAN MEMBENTUK KEBENDAAN DAN KEROHANIAN SESUATU MASYARAKAT, TAMADUN, PERADABAN DAN KEMAJUAN AKAL BUDI SELAIN MENGGARAP MINAT DALAM SASTERA MELAYU DAN MENGETENGAHKAN KEINDAHAN WARISAN BANGSA.

NASIHAT SAYA AGAR ANAK-ANAK DAPAT MENYEIMBANGKAN ILMU DAN KEMAHIRAN DUNIA DAN AKHIRAT BAIK DARI SEGI INTELEK, KEROHANIAN, AKHLAK, BUDI PEKERTI SERTA TATALAKU, SEJAJAR DENGAN HARAPAN NEGARA MELALUI PEMBINAAN MODAL INSAN YANG BERKETRAMPILAN, SEIMBANG DAN HARMONIS.




4. HARAPAN

SESUNGGUHNYA PERTANDINGAN INI MENYEDIAKAN SATU MEDAN UNTUK MURID-MURID  MEMBINA ILTIZAM DALAM MEMANTAPKAN PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA SERTA MENGASAH BAKAT DAN KREATIVITI, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU YAKNI BAHASA KEBANGSAAN YANG TERMAKTUB DALAM DASAR PENDIDIKAN NEGARA.  HARAPAN SAYA SEMOGA PROGRAM YANG KITA JALANKAN INI DAPAT MEMPERTINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID SERTA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA.  PERTANDINGAN INI JUGA MERUPAKAN WADAH YANG EFEKTIF BAGI MEMBINA KEYAKINAN DIRI MURID-MURID DI SAMPING MAMPU MENYUNTIK, MENYEMAI DAN MEMPERKUKUH SEMANGAT PERPADUAN, MEMUPUK SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA PARA PESERTA TANPA MENGIRA KAUM DAN RASA TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA WARISAN SASTERA NEGARA.

SAYA BERHARAP AGAR KEGEMILANGAN PROGRAM INI AKAN BERGEMERLAPAN TAHUN HADAPAN. SEMOGA MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTANDINGAN INI BERJAYA MENCAPAI SASARANNYA.

TUNJUK MENJADI TELAGA BUDI, AJAR MENJADI SULUH HATI.
















5. TERIMA KASIH

PENGHIAS BICARA, SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MENUNJUKKAN KETRAMPILAN DIRI DAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI UNTUK BERTANDING KE PERINGKAT KEBANGSAAN.  SAYA BERHARAP PESERTA YANG BERTANDING PADA HARI INI AKAN LEBIH CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG.

SYABAS DAN TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA JABATAN PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH SERTA GURU-GURU YANG TELAH MENGURUSKAN KUMPULAN DAN PASUKAN MASING-MASING.

AKHIR KATA, SEMOGA PROGRAM LESTARI BAHASA DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MAMPU MEREALISASIKAN MATLAMAT UNTUK MELAHIRKAN SEMANGAT KEBANGSAAN DALAM KALANGAN MURID DAN SETERUSNYA MEWUJUDKAN PERPADUAN YANG SEJATI.  SEKALI LAGI SAYA MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM USAHA MENJAYAKAN PERTANDINGAN INI.  TANPA PENGLIBATAN DAN KOMITMEN DARIPADA SEMUA PIHAK SEBAGAI SATU PASUKAN SUDAH TENTU PERTANDINGAN INI TIDAK AKAN BERJALAN LANCAR.

BERUNDING CERDIK DENGAN PANDAI, FAHAM DUA MENJADI SATU.













6. LAFAZ PERASMIAN

TIMBA SUASA DI TEPI KALI,
BUAT MENYIMBAH SI TUAN PUTERI;
BERPUTUS ASA JANGAN SEKALI,
JADIKAN TABAH PAKAIAN DIRI.

BETIK MUDA BUAT HALWA,
KELAPA MUDA SANTAN DIRASA;
BIAR MUDA DI DALAM JIWA,
DARI TUA SEBELUM MASA.

DENGAN LAFAZ YANG MULIA, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM LESTARI BAHASA 2013 PERINGKAT NEGERI PAHANG.

SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Saturday 30 March 2013

CIKGU KONGSIKAN SENARAI INTI PATI TAMAN SYURGA DI DUNIA
29.3.13 FORUM PERDANA EHWAL ISLAM- TAPAK PARKIR SEBELAH FREESIA CH
MODERATOR : IMAM NURI MASJID ABU BAKAR CH
PANEL : USTAZ AMIRUL FARHAN WAHI
TAJUK : REMAJA DAN CABARAN MASA INI

1. CABARAN UTAMA AKHIR ZAMAN IALAH WANITA DAN HEDONISME
2. IBU BAPA MESTI PEKA USIA BALIGH ANAK
3. AJAK ANAK REMAJA MENDEKATI AGAMA DAN MASJID
4. ADA ANAK MUDA HIPOKRIT AGAMA KERANA CINTA
5. REMAJA MESTI MENCARI ILMU
6. IBU BAPA MESTI PRIHATIN KEPADA KEPERLUAN FIZIKAL, INTELEK, ROHANI DAN EMOSI ANAK REMAJA.
7.SEGERAKAN PERKAHWINAN ANAK MUDA TERUTAMANYA JIKA DICADANGKAN CALONNYA OLEH ORANG BERWIBAWA.
8.GANJARAN DI DUNIA KERANA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH MEMANG TIDAK SETIMPAL DENGAN PAHALA DAN GANJARAN YANG MENANTI DI AKHIRAT.
9.PERCERAIAN MENINGKAT KERANA MENGABAIKAN AGAMA, ADA ORANG KETIGA, EKONOMI DAN KEWANGAN.
10. DALAM PERKAHWINAN ADA BANYAK UJIAN UNTUK MENGUJI KESABARAN.
11.TINGGAL SOLAT SATU WAKTU, BALASANNYA 60 RIBU TAHUN DALAM NERAKA.
12. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
13. IBU BAPA SEPATUTNYA GEMBIRA JIKA ANAK BOLEH SOLAT TANPA DISURUH, BOLEH MENGAJI, MEMILIKI AKHLAK TERPUJI AGAR SELAMATKAN IBU BAPA DARI API NERAKA, BUKAN HANYA AKADEMIK SHJ.
14. DENGARLAH LUAHAN REMAJA WAHAI IBU BAPA.
15. BINA REMAJA DENGAN ILMU FADHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH.
16. KENA BIMBANG DENGAN KESAN GEJALA SOSIAL
17. ELAK BERCINTA LAMA2 DAN BERDUA-DUAAN SELALU.
18. SUBURKAN IMAN KEPADA ALLAH.
19. TEGURLAH ANAK REMAJA DENGAN KUASA YANG ADA, JIKA TAK MAMPU DENGAN LIDAH DAN JIKA TAK MAMPU JUGA DENGAN DOA.
20. GUNALAH TALIAN INFO/TEKNOLOGI KINI UNTUK MENCEGAH MUNKAR.

Friday 1 February 2013


MAAFKANLAH....ASTAGHFIRULLAH...

Saat disakiti....memang aku rasa benci
Saat dibebani...memang terasa dibuli
Saat dicemuh...memang sakit hati
Saat diarah-arah...memangla aku ni makan gaji
Saat diperli...memang ada orang tak senang hati
Saat disindir...memang ada yang mencemburui
Saat mendengar ayat celupar...memang kesian pada yang sakit rohani
Saat tidak dihargai...memang aku tahu ada yang tak mengerti
Saat aku sendiri...memang aku ada Ilahi Rabbi

Maafkanlah mereka kerana itu bererti kita mencari keredhaan Ilahi
Maafkanlah mereka  kerana itu tanda kita mencari bahagia abadi
Maafkanlah mereka kerana itu bukti kita tidak sombong diri
Maafkanlah mereka  kerana akan hilang keserabutan hati
Maafkanlah mereka kerana yang hidup pasti mati
Maafkanlah mereka kerana mereka terlupa timbunan dosa diri
Maafkanlah mereka agar mendapat keampunan Rabbul Izzati

Nukilan : Pn Norazliah Ani

Saturday 19 January 2013

MINI FIRAUN- Cari kebenaran dengan akal dan hati


Mini Firaun - Iktibar Penyebaran Islam Zaman Rasulullah saw

Kerana hadis inilah, “Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat” Hadith riwayat Bukhari.

Sila teruskan bacaan anda....

Kenapa Arab jahiliah menentang sekeras2nya kebenaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw? Sememangnya manusia jahiliah ini takut menerima kebenaran bahawa segala kelakuan mereka itu menyalahi hukum Allah dan mereka takut menerima balasan. Mereka itu ego dan terus menolak ajaran nabi kerana mereka itu ada pengaruh harta dan kuasa seperti Abu Jahal. Maka teruslah mereka itu jahil.

Ramai pengikut awal nabi ialah golongan bawahan dan miskin harta tetapi hebat imannya seperti Bilal bin Rabah. Similinya pada hari ini kita lihat orang yang menyokong kebatilan begitu banyak kerana takut untuk menghadapi kebenaran dan terpengaruh dengan kuasa dan kedudukan para penguasa. Di sini, kita lazim melihat kealpaan penguasa bahawa kuasa yang ada hanya pinjaman Ilahi. Kadang2 mereka ini boleh kita analogikan mini firaun.

Sangat sedikit yang menyokong kebenaran kerana kebenaran itu rata-ratanya berada dalam kalangan orang bawahan. Namun janganlah lupa orang2 yang berpegang dengan tali Allah akan diangkat darjatnya, malah telah tertulis dalam rawi hadis dan penegasan Al Quran, ketaatan mereka dijanjikan syurga. Allah menjadi tempat mereka bergantung dan Allah mengupayakan mereka menjadi contoh teladan yang disegani.

Sudah banyak bukti bagaimana Allah mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang tinggi takwanya dan bukan tinggi harta atau kuat mencari pengaruh seperti kisah Thalut sehingga tercabar barisan pemimpin atasan ketika itu. Sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi maka perkara itu pasti terjadi. Carilah kebenaran dengan akal dan hati.

Ya Allah semoga hamba yang juga melakukan dosa ini dapat berkongsi sesuatu dengan makhlukMu yang lain.

Friday 18 January 2013

RAMAI..KEBANYAKAN..SEMUA...?????

RAMAI....KEBANYAKAN.....SEMUA....???? Disekeliling Kita....

RAMAI orang suka ......
-mengata dan bercerita perihal orang lain
-mengumpat dan mengeji perbuatan dan kelakuan orang lain
-menyindir-nyindir dan memerli orang lain
-memperlihatkan kejahatan orang lain
-memperlihatkan keaiban orang lain

TETAPI...diri sendiri bagaimana ya???

KEBANYAKAN orang pula tidak sedar....
-Sibuk menceritakan perihal orang lain, padahal diri sendiri pun jika ditimbang semula sama sahaja
- Asyik menjatuhkan orang lain, biar orang lain dipandang serong dan dia dipandang mulia, dipuji akan keprihatinan dan kelantangan mereka menentang kebatilan
-Cepat sangat menganalisa dosa pahala amal kejahatan orang lain, sedangkan diri sendiri belum pasti ke syurga.

SEMUA orang pernah...antara sedar dengan tidak shj....
-mengata,mengumpat, mengeji atau menyindir bagi orang sakit hati 

BELUM terlambat untuk kita sama-sama mengumpul amalan, membetulkan diri sendiri sebagai bekal ke 'SANA'
Yang cepat sedar Alhamdulillah.... Tapi yang Tak Boleh DiSedarkan ni...APA KITA SAMA2 BOLEH BUAT ???

PENAWAR SAKIT HATI


Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
pinkcolour82.blogspot