Followers

Saturday 19 January 2013

MINI FIRAUN- Cari kebenaran dengan akal dan hati


Mini Firaun - Iktibar Penyebaran Islam Zaman Rasulullah saw

Kerana hadis inilah, “Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat” Hadith riwayat Bukhari.

Sila teruskan bacaan anda....

Kenapa Arab jahiliah menentang sekeras2nya kebenaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw? Sememangnya manusia jahiliah ini takut menerima kebenaran bahawa segala kelakuan mereka itu menyalahi hukum Allah dan mereka takut menerima balasan. Mereka itu ego dan terus menolak ajaran nabi kerana mereka itu ada pengaruh harta dan kuasa seperti Abu Jahal. Maka teruslah mereka itu jahil.

Ramai pengikut awal nabi ialah golongan bawahan dan miskin harta tetapi hebat imannya seperti Bilal bin Rabah. Similinya pada hari ini kita lihat orang yang menyokong kebatilan begitu banyak kerana takut untuk menghadapi kebenaran dan terpengaruh dengan kuasa dan kedudukan para penguasa. Di sini, kita lazim melihat kealpaan penguasa bahawa kuasa yang ada hanya pinjaman Ilahi. Kadang2 mereka ini boleh kita analogikan mini firaun.

Sangat sedikit yang menyokong kebenaran kerana kebenaran itu rata-ratanya berada dalam kalangan orang bawahan. Namun janganlah lupa orang2 yang berpegang dengan tali Allah akan diangkat darjatnya, malah telah tertulis dalam rawi hadis dan penegasan Al Quran, ketaatan mereka dijanjikan syurga. Allah menjadi tempat mereka bergantung dan Allah mengupayakan mereka menjadi contoh teladan yang disegani.

Sudah banyak bukti bagaimana Allah mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang tinggi takwanya dan bukan tinggi harta atau kuat mencari pengaruh seperti kisah Thalut sehingga tercabar barisan pemimpin atasan ketika itu. Sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi maka perkara itu pasti terjadi. Carilah kebenaran dengan akal dan hati.

Ya Allah semoga hamba yang juga melakukan dosa ini dapat berkongsi sesuatu dengan makhlukMu yang lain.

No comments:

Post a Comment