Followers

Saturday 5 January 2013

Gurindam aidil fitri


GURINDAM AIDIL FITRI -Improvisasi Pn Norazliah Ani


Sudah tidak berapa hari
Aidil fitri kan di sambut lagi
Baik perempuan mahupun lelaki
Masing masing sibuk siapkan diri

Perempuan  mula buat kira kira
Nanti raya nak berbaju apa
Kurung dua kebaya tiga
Sakit kepala pilih baju semata mata

Banding dengan  lelaki pula
Raya langsung tak pening kepala
Baju melayu atau teluk belanga
Susah susah T-shirt pagoda

Perempuan pening jadual keja
Cuci tingkap esok lap lantai pula
Kesian perempuan macam mana ya
Rumah nak cantik nak sambut raya

Berbanding dengan kaum lelaki
Lagi dekat raya rancak goyang kaki
Tak pening rumah kotor atau berdaki
Semasa raya pintu semua rapat- rapat kunci

Lepas kerja rumah semua selesai
Perempuan selak resepi sehelai-sehelai
Buat kuih tidak boleh  cincai cincai
Kawan- kawan kata buat kuih tak pandai

Beralih kaum lelaki pula
Tiada kuih raya tak takut punya
Kalau kawan datang beraya
Kacang goreng, air tin juadah istimewa


Malam raya perempuan tugas lagi
Kelam-kabut  mengemas itu ini
Mengatur, menyusun dan mencuci
Silap silap buat keja sampai ke pagi

Begitu juga dengan  lelaki
Malam raya penentuan sekali
Kelam kabut ke sana sini
Sibuk cari mercun dengan bunga api

Tiba sudah hari raya
Perempuan senyum megah di dada
Pakaian cantik, rumah bersih, kuih pun beraneka
Oh! Bahagia rasa sambut raya, muka pun ceria

Lelaki pun macam tu juga
Hari raya hari yang bahagia
Tapi dalam hati berdebar tak terkata
Duit habis mercun bunga api punya angkara

Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki ataupun perempuan
Masing masing nak beraya sakan
Duit ringgit, masa dan tenaga kena la korban

Sekian sudah nukilan ini
Gurindam hari raya pengganti diri
Salah dan silap harap di ampuni
Sekadar bergurau sesama sendiri
Sehingga kita semua bertemu lagi



No comments:

Post a Comment