Followers

Wednesday 2 January 2013

MUNSYI ABDULLAH KANSER AKHLAK???

Bukanlah begitu....baca jap

Karangan Munsyi Abdullah banyak menyebut kelemahan sikap orang Melayu termasuklah sikap suka menjatuhkan orang lain. Namun sikap ini melanda dalam bangsa lain juga. Tertanya2 pula mengapa ada manusia yang sebegini? Antara jawapannya ialah masalah kanser akhlak. Sikap ini tidak hinggap kepada pemimpin sahaja, malah boleh mempengaruhi pengikut yang kurang pegangan diri.

Senang cerita orang2 sebegini tidak senang dengan pencapaian orang lain dalam apa sahaja bentuk sama ada kareer, pasangan, harta, ilmu, bakat dan sebagainya. Orang2 kanser akhlak ini juga lupa mengucapkan syukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepadanya lalu memasang perangkap halus atau perangkap kasar untuk menjatuhkan saudara muslimnya sendiri.

Pengidap Kanser Akhlak juga lupa salah satu soalan kubur ialah' siapa saudaramu?' Apakah yang tersirat di sebalik soalan ini? Fikir2kanlah.

No comments:

Post a Comment