Followers

Friday 4 January 2013

Skrip pengacara kempen jom sihat ncd


SKRIP JURUACARA KEMPEN JOM SIHAT NCDP PUNCAK ARABELLA
TARIKH : 23 JUN 2012
TEMPAT : DEWAN PUNCAK ARABELLA
PENGACARA MAJLIS : PN NORAZLIAH ANI

CUE
ANN
NOTA

Mengumumkan ketibaan Yang Hormat Dr Chong Chee Keong, Pengarah Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia


SENAMROBIK
Sebagai pembuka acara kita rancakkan pagi ini dengan senamrobik. Dipersilakan pasukan senamrobik yang dipimpim ____________________________________

.

LARIAN 10000 LANGKAH JOM NAIK TANGGA
Acara seterusnya ialah larian 10000 langkah, jom nak tangga. Saya persilakan ______________________________________________________________________________________________________________________________________
Mengendalikan acara ini. Dipersilakan


UCAPAN PENGERUSI NCDP1M

Nilai murni amalan kita,
Sahsiah etika sesama sendiri,
Hidup sihat menjadi cita-cita,
Kem jom sihat kami turuti.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Hormat Dr Chong Chee Keong, Pengarah Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang Berusaha, Pn Hjh Ruaidah bt Hj Mansor, Pengerusi NCDP1M
Yg berusaha En Nana Khurizan b Abdullah, Pengerusi JMB Pncak Arabella

Yg berusaha Dr Raja Mohd Azim bin Raja Haron, Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands

Yg berusaha En Mazlan bin Mohamed Isa, Setiausaha MDCH

Yg berusaha En Ahmad Suhaily b Mat Wajib, Pengerusi Rukun Tetangga Puncak Arabella

Seterusnya para AJK program, para penduduk Puncak Arabella, hadirin sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah dan syukur rahmat, sesungguhnya terbukti pada hari ini tanpa kerjasama erat di antara sukar sekali hendak kita laksanakan agenda pagi ini. Oleh itu marilah kita sama-sama kita suburkan berbaik sangka untuk terus member sokongan kepada program-program komuniti sebegini sebagai ibadah umum dalam satu keluarga besar demi kemajuan generasi akan datang juga.

UCAPAN PENGERUSI NCDP1M
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula Pn Hjh Ruaidah bt Hj Mansor,Pengerusi NCDP1m menyampaikan ucapan.

Terima kasih penuh budimu dijunjung puan.


UCAPAN PERASMI
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula Yg Hormat Dr Chong Chee Keong, Pengarah Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Kem Kesihatan M’sia menyampaikan ucapan _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Tanam laguni tumbuh kelapa
Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati


Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang. Tepukan buat beliau

GIMIK
Sidang hadirin
Majlis diteruskan dengan  gimik acara Kempen Jom Sihat
- Demikianlah tadi kita saksikan _____________________________________________________________________________________________________________________________________.


PENYAMPAIAN HADIAH
Sidang hadirin

Bagi acara penyampaian hadiah, majlis mempersilakan ____________________________________________________________________________________________________________, untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ________________________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.


JAMUAN
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Susun kemas jari sepuluh, mohon maaf salah dan silap.

Hadirin dipersilakan menjamu selera, Majlis bersurai.



No comments:

Post a Comment