Followers

Tuesday 15 January 2013

KAU DAN AKU SALING MEMERLUKAN, IRI HATI POSITIF


Aku perlukan kamu, kamu perlukan aku...

   Kenapa aku katakan begitu? Sesungguhnya Allah jadikan manusia itu saling melengkapi. Jika ada yang sifatnya pelupa, maka Allah jadikan ada yang kuat ingatan agar dapat mengingatkan yang pelupa . Jika  ada yang panas baran, ada pula yang Allah jadikan penyabar supaya dapat meredakan barannya. Jika kita tidak tahu ada yang tahu dan kita boleh berkongsi pengetahuan. Yakinlah dengan keadilan ciptaan Allah.

  Persoalannya mengapa ada yang iri hati?  Iri hati mudah muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati yang kotor untuk melakukan sesuatu kezaliman kepada orang lain, menggunakan cara kotor  dan mungkin syirik untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. maka bertepuk tanganlah para syaitan durjana kerana berjaya menusuk jarumnya.

   Mohonlah perlindungan daripada Allah agar terselamat daripada perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya serta cukup takut jika ada pesaing yang muncul!

   Mengapa kita tidak gunakan iri hati ini dengan positif untuk meningkatkan prestasi kerja, menambahkan ibadah, meluaskan ilmu, berkongsi maklumat dan menjalin silaturrahim sesama manusia.

 Tinggikan azam untuk beribadah, bekerja dan beramal dengan lebih lagi melebihi para sarjana Islam yang telah begitu banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu. Ini lah iri hati yang positif.

No comments:

Post a Comment