Followers

Friday, 4 January 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA SMK RINGLET


SMK RINGLET CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
BICARA BERIRAMA TAHUN 2012
TAJUK : SEMBANG BAHASA : ADA BUDI, ADA BAHASA, ADA JENAKA

BIL
SEGMEN
DIALOG
GERAKAN/CATATAN
1.

PEMBUKAAN

NYANYI ENJIT-ENJIT SEMUT


Masuk pentas
2.
HURUF KONSONAN DAN VOKAL

(olahan lagu ‘Pokok’-Meet Uncle Hussain feat Hazama)
LA LA LA LA LA LA…….3X

ABCDEFG………HIJKLMN……….OPQRSTU……..VW….
XYZ (ramai)

NYANYI BERSAMA-SAMA KAMI 3X

SAMA-SAMA KAMI 3X
Baris demi baris



ramai-ramai

baris demi baris

3.
SEGMEN 2

PENGENALAN


SELAMAT SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA
KAMI WARGA SMK RINGLET PERKENALKAN DIRI
DALAM HIBUR ADA CERITA ADA JENAKA
ADA TELADAN DAN PENGAJARAN.

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR - RL
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN - RL
KAMI BUDAK BARU BELAJAR - RP
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN - RP

(tunduk hormat)

Ramai-ramai
Solo baris demi baris




4.
SEGMEN 3
HEI MANGKUK LU APAHAL?

 KAMU NI…. CIKGU PESAN

BUDI BAHASA BUDAYA KITA, JANGAN MARAH….. SENYUMLAH

MAAFKAN SAYA KAWAN-KAWAN

YA KAMI MAAFKAN

SENYUM SEINDAH SURIA
YANG MEMBAWA CAHAYA
SENYUMLAH DARI HATI
DUNIAMU BERSERI

KAU TERSENYUM KU TERSENYUM
KEMESRAAN MENGUNTUM

JANGAN SOMBONG DIBENCI ORANG
SENYUM ITUKAN SEDEKAH

BETUL BETUL BETUL

Solo

Solo

Solo
 ramai

Solo

ramai

nyanyi ramai




RL
RP

Solo
Solo

(ala Upin &Ipin – ramai-ramai)

5.

SEGMEN 4
MESTAMU

BANGSA MALAYSIA BERHEMAH TINGGI

RAMAH DAN MESRA ELOK PEKERTI

YANG TIADA DIBANTU, YANG LEMAH DILINDUNGI

BERTIMBANG RASA HORMAT MENGHORMATI

BUDI BAHASA BUDAYA KITA…….

RL sebut, RP nyanyi

RP sebut, RL nyanyi

RL sebut, RP nyanyi

RP sebut, RL nyanyi

Ramai



6.

SEGMEN 5
P&P KELAS B. MELAYU

KRINGGGGGGGG    (bunyi loceng sekolah) 

TAP TAP  TAP
SHHH….SHHHHH….CIKGU DATANGLA

KELAS BAHASA MELAYU…. DUA MASA PULA TU…..

BANGUNNNNNNN
SELAMAT SEJAHTERA CIKGU

SELAMAT SEJAHTERA CIKGU
SELAMAT SEJAHTERA…

CIKGU…CIKGU JANJI NAK BACAKAN PANTUN

BAIKLAH….MURID-MURID

YANG KURIK KUNDI
YANG MERAH SAGA
YANG CANTIK BUDI
YANG INDAH BAHASA

DENGAR SEMUA…..

HARI-HARI BELAJAR BM
HARI-HARI CIKGU BM MASUK KELAS
HARI-HARI ANGGUK
ANGGUK SAHAJA
MENGADA-MENGADA
MENGADA-MENGADA…..FAHAM TIDAK JUGA…
BUAT KARANGAN BANYAK SALAHNYA……

LALAI…LALAI….LALAI (ramai)


RL

Latar bunyi tapak kaki melangkah masuk kelas

Solo

Solo
Solo

Ramai L
Solo-guru

 Solo : Ketua Kelas

Solo-guru

Solo : Cikgu




Solo: Ketua Kelas

Ramai/solo







Baris demi baris

7.
SEGMEN 5
BILA KITA BELAJAR PEKERTI?
BILA KITA BELAJAR SOPAN SANTUN?
BILA KITA BELAJAR BUDI BAHASA?

HARI-HARI EMAK BEBEL,  HARI-HARI CIKGU TEGUR
SUDAH KERJA  MAJIKAN MARAH.

PENING, PENING, PENING…..

HAI APA NAK JADI?.....APA NAK JADI?..... SAMPAI SEKARANG MASIH BEGINI?......
APA NAK JADI…..(nyanyi)

Baris demi baris






Ramai

Ramai


SEGMEN 6
LOGHAT NEGERI
DENGAR…DENGAR….DENGAR.

ADA CERITA APA? KITA DENGAR SAMA-SAMA

CERITA LUCU…..
HA HA HA…HI HI HI….3X

CERITALAH…CERITALAH…

LOGHAT UTARA (KEDAH): (SEBUT)

"DIA PI GHUMAH JIRAN NAK CAGHI MAK DIA, PI PI MAK DIA TAK DAK".

LOGHAT PANTAI TIMUR (KELATE):

"DIO GI GHUMOH JIRE NOK CAGHI MEK DIO, GI GI MEK DIO TAK DOK."


KESIMPULANNYA: TIDAK MUNGKIN PIPI  EMAKNYA TIADA; TETAPI KALAU GIGI MAKNYA TIDAK ADA MEMANG MUNASABAHLAH!

RP/Solo

RL/Solo

Solo
Baris demi baris

RP/Solo

Baris

Ramai L


Baris

Ramai P



Solo


SEGMEN 7 -LAKONAN
ADA SATU LAGI CERITALAH CIKGU….

ADA TIGA SEKAWAN .
NAMA MEREKA SEORANG….SI BOTAK
SEORANG….SI MASALAH DAN
SEORANG…. SI BUDI.
PADA SUATU HARI SI MASALAH KENA CULIK DAN HILANG.
SI BOTAK DAN SI BUDI PANDU KERETA KE BALAI POLIS.

VROOMMM VROOMMM VROOMMM
EEEEEEEEKKKKKK

JUMPA POLIS KEPALA BOTAK!

LICIN…LICIN…LICIN

KILAT MACAM CERMIN

HI HI HI

TAK BAIK KETAWAKAN ORANG LAH….

DALAM BALAI POLIS DAH NI….

(Lakonan)

BOTAK : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BOTAK : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?

BOTAK : BOTAK, tuan.

POLIS : Apa ??

BOTAK : BOTAK, tuan

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BOTAK : BOTAK, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya budi awak?

BOTAK : Ada di luar, tuan

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BOTAK : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (dengan nada marah.) 

MALANG…..MALANG….MALANG

Solo

Ramai P








Bunyi latar enjin kereta( ramai L)

Ramai L – sapu-sapu kepala.




Solo

Solo

Solo



Solo L

Solo L


Solo L


Solo L

Solo L

Solo L

Solo L

Solo L


Solo L

Solo L


Solo L

Solo L

Solo L

Solo L

Ramai



SEGMEN 7 PANTUN
CIKGU….OHHHHH CIKGUUU

YA SAYA…

KAMI NAK BACAKAN PANTUN NI….
KAMI REKA SENDIRI…

YA SILAKAN…

KELANTAN...

MAKE IKKE CICOH BUDU
KELIK RAYO TAKSIR LAJU

TERENGGANU...

MAKANG NASI UKUR CAWANG
SAKIT PINGGAN BASUH PINGGANG

JOHOR..
.
CEGITU CEGINI AWAK SUKE
SAMA-SAMA BERSUKE RIE

MELAKA...

LANGGAU SAMPAH  SEPAH MERATE’
KALU BALIK NAIK KERETE

N. SEMBILAN...

HARI RAYO KOLUMPO SOPI
TINGGAL PENYAMUN DONGAN PENCURI


K.LUMPUR...

RAYA JANGAN BUAT TAK TAU
ANGPAU ADA BAGI GUA DULU

PERAK...

DEROYAN BUSOK TEBOK TUPAI
BIAR PELAN SELAMAT SAMPAI

KEDAH...

ALOQ STAQ TERKETAQ-KETAQ
LAPAQ PERUT MAKAN PAU
MACAM MANA TAK KETAQ
KENA PAKSA BAGI ANGPAU

MACAM-MACAM LOGHAT ADA….
Solo (ketua kelas)

Solo (guru)

Ramai L


Solo (guru)

Ramai L




Ramai P





Ramai L





Ramai P



Ramai L




Ramai P




Ramai L




Ramai P






Ramai


SEGMEN 8
KUIZ KATA NAMA KHAS
MURID-MURID SEMUA….CIKGU ADA SOALAN KUIZ

DENGAR DAN JAWAB YA…SEMUA TENTANG KATA NAMA KHAS

1)       Kumpulan muzik yang tinggal di belakang jalan

Back Street Boys,   CIKGUUUUU

BETULLLL


2)       Artis yang memiliki rekod gaji paling kecil di dunia

50 cent,  CIKGUUUUUU

BETULLLL

3)       Kumpulan yang boleh dimakan

Cokelat, CIKGUUUUU

BETULLLLL

5) Kumpulan ini berasal dari barat tapi suka rempah
Spice Girls, CIKGUUUUU

BETULLLLL

6) Band hip - hop yang. paling gemuk

Too Phat (too fat), CIKGUUUU

BETULLLLL

Solo (Cikgu)




Solo (guru)

R L

Solo(guru)


Solo (guru)

R P

Solo (guru)

Solo (guru)

R L

Solo (guru)

Solo (guru)
R L

Solo (guru)

Solo (guru)

R L

Solo (guru)


SEGMEN 9
KATA NAMA PINJAMAN
BAHASA ASING
SEKARANG SEBUTKAN KATA NAMA PINJAMAN DARIPADA BAHASA JEPUN PULA

1.       Yang suka berjimat - SAYANI SUKAMURAH

2.       Yang bisu - KITA TADASORA

3.        Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

4.        Yang suka irama blues - APO NADIKATO

5.        Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

6.       6. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

7.        Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

8.       . Yang suka sangat tidur - HOBI TIDOMATI

9.        Yang tua – TAK CUCIGIGI

10.     Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

Solo (guru)


Solo (gilir-gilir)
Ramai (jawab)


SEGMEN 10
KATA  LAWAN
SEKARANG BERIKAN LAWAN PERKATAAN PULA

FAHAM CIKGU

Cikgu : Cantik!
Murid : Hodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Sudah habis soalan ya!
Murid :Belum mula jawab tak!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan! (sambil letak tangan di dahi)
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Diam! (simbol diam)
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan
Murid : Ini ialah jawapan

Cikgu : Malas aku ajar kamu! (nada marah)
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : (GELENG KEPALA.)

(Ramai senyum)

KRINGGGGGGGGG (loceng tamat waktu)

Solo (guru)

Ramai


































RL



PENUTUP

Maafkan kami…maafkan kami…maafkan kami
Sekian. Terima kasih.

Balik kampung…..ohohohoho…balik kampung (turun pentas)

Ramai nyanyi

Improvisasi : Pn Norazliah bt Ani SMK Ringlet

12 comments:

  1. bila blog sudah yang katakan nafas cikgu.. memang sangat benarlah nafas cikgu.. Banyak membantu!! thankyou cikgu!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, yang baik kita kongsikan bersama2

    ReplyDelete
  3. wah... boleh tak nak copy.. untuk persembahan lusa ni. :) nak hadiahkan kat cikgu2.. minta izin ya.. tq

    ReplyDelete
  4. SALAM.. cikgu saya mohon ambil teks ya...

    ReplyDelete
  5. mohon untuk copy :)

    ReplyDelete
  6. cikgu,mohon untuk jadikan sebagai rujukan

    ReplyDelete
  7. mohon untuk copy

    ReplyDelete
  8. salam, cikgu, mohon utk dijadikan panduan....sek saya baru pertama kali ingin memasuki pertandingan bicara berirama nie. masih samar2 utk membuat skripnya.
    -Cikgu wati-

    ReplyDelete