Followers

Friday 4 January 2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS KECEMERLANGAN


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK RINGLET 2012
TARIKH : 16 JUN 2012
HARI : SABTU
MASA : 830AM
PENGACARA MAJLIS C: PN NORAZLIAH ANI (NA) & EN MOHD SASDI MAT JUSOF (MS)



CUE
TEKS /ANN
CATATAN
Pengumuman/Arahan
Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.
1.      Sila pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau tidak diaktifkan
2.      Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3.      Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik
4.      Menghormati bacaan doa
5.      Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6.      Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7.      Tidak membuat bising sehingga mengganggu kelancaran acara.
8.      Hadirin diminta agar terus berada dalam dewan sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.
NA
KETIBAAN TETAMU DAN VIP
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia En Mohd Jazmi bin Yacob, Pengurus Sumber Manusia dan Kualiti TNB

NA
Iringan brass band
Lagu Patriotik
Hadirin diminta agar terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negeri Pahang dan Negaraku

NA
Iringan CD
BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah C ik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena majlis anugerah kecemerlangan ini.

Majlis mempersilakan Ustaz Sanusi bin Mohd Noor untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  di atas bacaan doa itu tadi.
MS


PERSEMBAHAN PEMBUKAAN -ASMARADANA


PROTOKOL
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Burung merpati terbang di awan
Terbang di awan melayang tinggi
Ucapan bermula selamat datang
Selamat datang ke majlis kami

  1. Yg berbahagia En Mohd Jazmi bin Yacob, Pengurus Sumber Manusia dan Kualiti TNB

  1. Yg berusaha En Mohd Razully bin Mohd Shariff, Pengetua SMKR

  1. Yg berusaha En Pannirselvam a/l Vengasamy, YDP PIBG SMKR

  1. Yang berusaha En Abd Rahman Mohammad Husain, GPK Pentadbiran

  1. Yg berusaha, Pn Noor Manisah bt Mohamed, GPK HEM

  1. Yg berusaha, En Mohd Idham Shahring b Abd Manaf, GPK Ko

  1. Para pendita ilmu, penerima anugerah, AJK PIBG, ibu bapa, hadirin dan hadirat sekalian

NA & MS







NA
Aluan Pengacara

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun 2012.

Pihak majlis mengalu-alukan para hadirin serta para penerima anugerah ke majlis ini. Seangkasa terima kasih buat tetamu kehormat kita yang sudi melapangkan masa bersama-sama meskipun ada tugasan lain yang memerlukan perhatian beliau.

NA
Ucapan Pengetua
Sidang hadirin,

Tanpa melengahkan masa, sekarang majlis mempersilakan En Mohd Razully Mohd Shariff untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan

Ucapan berbudi terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
MS
Ucapan Perasmi
Pada hari ini warga sekolah ingin  mempersilakan pula En Jazmi bin Yacob, pengurus Sumber Manusia dan Kualiti TNB bagi menyampaikan ucapan perasmian. Dengan penuh tahsin dipersilakan.

Semurni kata terima kasih kami ucapkan.

MS
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Lanjutan perasmian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang merakamkan pelbagai detik suka duka SMKR pula. Kita saksikan……
MS
ANUGERAH – PELAJAR PENDIDIKAN KHAS DAN PERALIHAN
Para hadirin,

Begitulah tadi berakhirnya persembahan multimedia, kini beralih ke acara penyampaian anugerah pula.  Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Mohd Idham Shahring bin Abd Manaf, GPK KO naik ke pentas  untuk menyampaikan anugerah tersebut.

Penyampaian sijil dimulakan dengan :

i)Pendidikan Khas :
1.Gobalan a/l Arumugam
2. kartigesan Nair a/lNagesaran
3. Low Man Hui

ii) Peralihan
1.Lai Yi Jin
2. Beh Sook Zhen
3.Iswaran a/l Krishnan

NA

Rujuk senarai jika ada perubahan
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN
Kita teruskan anugerah kepada pelajat terbaik tingkatan dan mata pelajaran. Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan Pn Noor Manisah Mohammad GPK HEM naik ke pentas  untuk menyampaikan sijil  kepada para peserta.

Penyampaian sijil dimulakan dengan : (Rujuk atur cara)

Tingkatan 1 Berlian
3. Denesh Kumar a/l Mohan
2. Shreyes a/l Subramaniam
1. Annie Wong Ming Hui

Tingkatan 1 Delima
3. Low Chun Yi
2. Fong Xue Er
1. Izadatul Hafizah bt Izaham

Tingkatan 1 Intan
3. Lau Yi Tong
2. Tang Hui Qi
1. Jasmine Tzai Siew Yoo

Tingkatan 1 Mutiara
3. Civin a/l Dali
2. Wah Jeram a/p Alim
1. Razma a/l Tony

Tingkatan 2 Berlian
3. Teh Yong Ai
2. Lee Yong Yi
1. Hemawathy a/p Palanisamy

Tingkatan 2 Delima
3. Shamini a/p Ravi
2.  Ng Jia Wei
1. Tan Hui Yi

Tingkatan 2 Intan
3. Suresh a/l Santhanasamy
2. Muhammad Basir b Kamaruddin
1. Julia a.p Kema

Tingkatan 2 Mutiara
3. Wak Emissiza a/p Bah Senin
2. Wak Lili a/p Ahmad
1. Nasrin a/p Omar

Tingkatan 4

4 SNS
3. Chuan Yi Sheng
2. Chak Wen Zheng
1. Beh Jia Enn

4 PA
3. Kuek Hock Lee
2. Har Chee Wai
1. Yee Chu San

4 MPV
3. Siti Hawa bt Abd Aziz
2. Wong Wei Lim
1. Yulia Amira a/p Tony
4PSV
3. Mohd Saiful Akmal
2. Hernee Amilla bt Tuah
1. Yati a/p Zabidi

Terima kasih sekalung budi buat Pn Noor Manisah atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

NA
SELINGAN TARIAN CINA
Ahli setia warga dewan,

Majlis lebih berseri dengan persembahan tarian kipas
 yang akan sama-sama kita tonton.
Dipersilakan

Begitulah tadi ceria gembira rentak tarinya. Terima kasih kepada pasukan ini.

MS
ANUGERAH CEMERLANG MATA PELAJARAN
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En Abdul Rahman Mohd Hussain, GPK Pentadbiran bagi menyampaikan anugerah mata pelajaran cemerlang mengikut tingkatan.

ANUGERAH CEMERLANG MATA PELAJARAN

TINGKATAN 1
Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah : Annie Wong Ming Hui

Bahasa Inggeris : Shreyes a/l Subramaniam

Bahasa Tamil : Harish a/l Elanggopalan

Bahasa Cina dan KH1 : Beh Jia Hui

Pendidikan Islam : Nor Athirah bt Nordin

Sains : Woo Juan Tak

Geografi dan KH1 : Denesh Kumar a/l Mohan

KH2 : Lau Shi Qian

KH3 : Razma a/l Tony

TINGKATAN 2

Bahasa Melayu : Lim Wen Jian

Bahasa Inggeris dan KH2 : Aleyxia Wong Xiao Qian

Bahasa Tamil : Hemawathy a/p Palanisamy

Bahasa Cina, KH4 dan Sains : Lee Yong Yi

Pendidikan Islam : Nurul Nadiah Auni bt Rusli

Matematik : Chai Hou Yuen

Sejarah dan Geografi : Tea Zheng Yang

KH1 : Tan Wan Loong

KH3 : Muhammad Zarizi bin Zaidi

TINGKATAN 4

Bahasa Melayu dan B.Tamil : Prasanna a/p Mutusamy

Bahasa Inggeris : Sarika a/p Subramniam

Matematik : Chuah Yi Sheng

Sejarah , Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, P. Moral, B,Cina : Beh Jia Enn

Pendidikan Islam  : Siti Hajar Hassan

Sains : Chua Chui En

Biologi : Chak Wen Zheng

Prinsip Akaun : Tan Jia Wen
PSV : Hernee Amilla bt Tuah

‘Katering dan Penyajian : Yulia Amira a/p Tony

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian En Abdul Rahman .
MS
ANUGERAH CEMERLANG PMR &SPM SERTA HADIAH DARIPADA YAYASAN PAHANG.
Seluruh warga majlis

Kini kita beralih kepada anugerah cemerlang PMR dan SPM serta hadiah pelajar cemerlang Yayasan Pahang.
Dipersilakan En Mohd Razully Mohd Shariff, Pengetua SMKR naik ke pentas untuk menyampaikan sijil  kepada para peserta.



PMR

6A
1.      Kang See Qing
2.      Kausalya a/p Mohan
3.      Kok Huey Li
4.      Tan Man Lin
5.      Tan Yi Xin
6.      Darshan Raj a/l Narayanan


7A
1.      Mohan Kumar a/l Rajentheran-RM150
2.      Tan Khai Kiat-RM150
3.      Tan Jun Yee-RM150
4.      Chan Kit Sin - RM150
5.      Chin Cheah Zen – RM150
6.      Loke Suet Ying-RM150
7.      Premkumar a/l Mohan

8A
1.      Justin Tzai Siew Syuen
2.      Lee Jo Yee -RM150
3.      Lim Soo Kit-RM150
4.      Ling Jia Er-RM150
5.      Nyew Kai Sen-RM150

SPM

1.      Lee Siam Yee/Adik-RM200
2.      Chai Chee Hao-RM200
3.      Ravin a/l Palanisamy/Emak-RM200
4.      Chong Sin Yee-RM200
5.      Tan Hui Min/Adik-RM200
6.      Yu Shu Yih-RM200
7.      Lau Dick MunRM200
8.      Teh Yong Wei-RM200
9.      Teh Suea Gi-RM200
10.  Dinesraj a/l Nadarajan-RM200
11.  Tan Chiew Fong
12.  Ng Pei Ling
13.  Nyew Mui Kin
14.  Willian Wong Wei Zhong
15.  Ng Zi Qian
16.  Teoh Xiao Yee
17.  Ng Chee Chung
18.  Teoh Yong Yi
19.  Wong Yee Mun
20.  Law Yuk Ting
21.  Muhd Amirul Rahimi bin Ramli/Ibu bapa

PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN KHIDMAT BAKTI
1.Ketua pengawas : Chai Kam Yuen
2.Pen. Ketua Pengawas : Tan Yen Yee
3.Ketua Pusat Sumber : Siti Hajar bt Hassan
4.Pen Ketua Pusat Sumber : Khor Mei Sze

Sekalung penghargaan terima kasih atas budimu En Abdul Rahman.

NA
PERSEMBAHAN ORANG ASLI TARIAN BALEI PENINJO
Sebagai halwa majlis kami sajikan pula tarian etnik Orang Asli dengan tarian mereka Balei Peninjo.

Terima kasih kepada kumpulan ini.
NA
ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM
Sidang setia dewan,

Beralih kita kepada penyampaian anugerah kokurikulum, untuk menyempurnakan acara, dipersilakan En Pannirselvam a/l Vengasamy YDP PIBG naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah kepada para penerima.

Penyampaian anugerah cemerlang kokurikulum diberikan kepada :

1.Unit Beruniform Terbaik ; Kadet Bomba (baca huraian)
2.Kelab dan Persatuan Terbaik : Persatuan Bahasa Tamil
3.Sukan dan Permainan Terbaik :  Kelab Olah raga

Majlis merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Pannirselvam.

NA
ANUGERAH KHAS

Seterusnya, tibalah masa untuk penyampaian anugerah khas pula. Warga SMKR dengan penuh hormat, mempersilakan En Jazmi b Yacob, Pengurus Sumber Manusia dan Kualiti TNB naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah kepada para penerima.

Penyampaian anugerah khas ini diberikan kepada :

1.Tokoh Pelajar Cemerlang Akademik (Baca Biodata)
Beh Jia Enn

2. Anugerah Khas Pelajar Orang Asli(Baca Biodata)
Nora Nadia bt Asmadi

3. Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum (Baca Biodata)
Sanggithavally a/p Logananthan

4.Anugerah Khas Tokoh Pelajar(Baca Biodata)
Tan Yen Yee


MS
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VIP
Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan Yang berusaha En Mohd Razully Mohd Shariff, menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Yang Berbahagia En Jazmi bin Yacob. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Razully bin Mohd Shariff
NA
PERSEMBAHAN PENUTUP
Sebuah tarian India Vinnoduh akan menghiasi kemuncak majlis pagi ini. Dipersilakan.....

Terima kasih kepada pasukan ini.
MS
JAMUAN
Hadirin sekalian kita telah pun berada di hujung acara, kami bagi pihak ahli jawatan kuasa majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Mengumumkan tetamu kehormat meninggalkan majlis .

Penerima anugerah dan pasukan persembahan sila ke parkir luar dewan.

Tetamu dipersilakan menjamu selera di bilik ERT.


Sekian. Wassalam.
MS

1 comment: