Followers

Friday 4 January 2013

Skrip pengacara majlis karnival seni


PROGRAM KARNIVAL KESENIAN PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS
TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)
MASA : 2.00PM
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SJK (C) BRINCHANG
PENGACARA : En Mohd Azizi Noh dan Pn Norazliah Ani

PERKARA
PENGUMUMAN
CATATAN
KETIBAAN VIP
Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit semasa majlis sedang berlangsung. Hadirin dipersilakan berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Azhar Omar, Timbalan PPD Cameron Highlands

Lagu Negaraku
Selepas tamat
Hadirin dipersilakan duduk.


Ucapan protokol
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Indah bersinar seri bintang,
Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
      Awal bismilah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
En Azhar Omar, Timbalan PPD Cameron Highlands
Pegawai-pegawai PPD,
Para Pengetua, Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah  Cameron Highlands,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Para guru pengiring pasukan persembahan,
Peserta-peserta
dan hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berbahagia En Azhar Omar kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.




Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang
Berbahagia En Azhar Omar (Timbalan PPD) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan majlis. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....

PERSEMBAHAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh En Azhar Omar, Timbalan Pegawai Pelajaran  Daerah Cameron Highlands itu tadi.
Tanam selasih tepian mandi
Petik cempaka hias jambangan
Terima kasih kalungan budi
Karnival kesenian kini dimulakan


Kita serikan majlis dengan kehangantan persembahan berterusan
Susunan Persembahan :

  1. SJKT Tanah Rata – Ratha Sametha Krishna

  1. SK Brinchang – Joget Pahang & Ala Payung (Cikgu Roslizawati dan Cikgu Zuhana)

  1. SMKSAS – Lagu Medley (Cikgu Akmal Sandi)

  1. SJKC Kg Raja- Tarian Mongolia (Cikgu Love Soon Hong dan Cikgu Loo Kim Fong)

  1. SMKSAS – Persembahan Organ- Lagu Getaran Jiwa dan Shanghai Beach (Khor Chen Nee)

Cut-
Secupak timbang tak cukup
Tambah seguni belumlah lagi
Nyanyi tari belum penutup
Sambung dengan sederet menanti
Berikutnya persembahan gemilang:

  1. SK Convent – Tarian 1 Malaysia & Endang

  1. SJKC Brinchang – Tarian India

  1. Sk Tanah Rata- Nyanyian Solo

  1. SK Brinchang- Dikir Barat

  1. SJKC Cameron – Tarian Xing Jiang


Cut-
Indah budaya bersusur galur
Gerak gemalai semi puisi
Belum puas hati berhibur
Ada lagi persembahan menanti
  1. SMKSAS- Organ lagu My Heart Will Go On & Lakni Badi Anjali Hai (Khor Chen Nee)

  1. SJKT Ringlet – Tarian 1 Malaysia

  1. SKM Kg Raja – Koir (Cikgu Bahamin Abd Razak)

  1. SJKC Tanah Rata – Sejambak Bunga Untuk Mu (Cikgu Loon Hooi Ying)

  1. SK Convent – Walinong Sari, Patendu, Inang Renek (Cikgu Azila Ahmad, Hamsah Mat Salleh, Zaimah Zakaria)


Cut-
Batik songket kebaya kebarung
Indah dipakai tetamu budiman
Pesta ini belum penghujung
Intiha pelengkap buat langsungan

  1. SK Tanah Rata- Tarian Sewang (Cikgu Rosidawati Arsyad, Fatimah Ahmad)

  1. SJKT Tanah Rata- Gonapathi Gowtham

  1. SMK Ringlet – Tarian 1 Malaysia



PENYAMPAIAN SIJIL
Majlis disempurnakan dengan acara penyampaian sijil. Untuk itu majlis mempersilakan En Azhar Omar Timbalan PPD menyampaikan sijil. (Baca ikut susunan yang ditetapkan)



Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Terima kasih kepada yang menyumbangkan jasa

     Bunga seroja di atas para
     Jatuh ditimpa buah berangan
     Andai kata tersilap bicara
     Kemaafan jua kami pohonkan

     Banyak keluk ke penarik
     Keluk tumbuk pohon kuini
     Nan Elok bawalah balik
     Nan tak elok tingallah di sini

JAMUAN RINGAN DAN BERSURAI



2 comments: