Followers

Monday 14 January 2013

Perangai Busuk Hati

Buanglah perangai busuk hati tu jauh2...

Allah memang jadikan manusia dengan pelbagai keistimewaan sampai Howard Gardner membahagikan inteligen kepada sembilan jenis. Seiring dengan kelebihan yang pelbagai ini ada pada diri manusia sifat hasad dengki, iri hati dan cemburu. Hanya kekuatan iman dan kawalan diri sahaja yang dapat mengatasi perasaan2 belaian laknatullah ini. 

Kita dapat lihat perkara ini selalunya berlaku disekeliling kita terutama dalam kalangan sahabat2 sekolej, rajan2 sekerja, antara sesama keluarga , antara ahli perniagaan dan antara pemimpin juga. Semakin hati itu busuk maka timbullah hobi bergosip, mengumpat dan memburukkan seseorang hingga menjatuhkan maruah orang yang diumpat dikata itu. 

Hairan sangat orang sebegini banyak pula masa untuk melakukan umpat keji dan mengaku takde masa untuk tunaikan cabangan amanah hidup yang lain ya. Lebih teruk lagi kalau si busuk hati ni mula bertuhankan syaitan, mula gunakan bomoh dan amalan syirik demi memuaskan serakahnya.

Kesannya, semakin KERASLAH hati orang ini dan TERGOLONG DALAM MANUSIA YANG PALING JAUH DISISI ALLAH SWT.

Atasi masalah perangai2 buruk ini dengan membaca doa dari surah (AL Hijr : 47).

"Dan kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadapan2 di atas pelamin masing2.. "

Satu kejahatan membuka kepada kejahatan yang lain tau!

No comments:

Post a Comment