Followers

Friday 4 January 2013

Skrip pengacara majlis kejohanan sukan tahunan


SKRIP JURUACARA MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-9 SMK RINGLET.
PENGACARA MAJLIS : PN NORAZLIAH ANI
TARIKH : 21/06/12
TEMPAT : PADANG TNB HABU RINGLET

CUE
ANN
NOTA

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


PERBARISAN/ PERARAKAN KONTINJEN

Kejohanan sukan SMK Ringlet pada pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen rumah sukan

Majlis mempersilakan En Mohd Razully b Mohd Shariff mengiringi En Jazmi b Yacob bagi menerima tabik hormat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan Rumah _____________ (Merah) Merah membara pasti juara, diketuai oleh ___________________________ dengan kekuatan _________ peserta.

Diikuti oleh Rumah _____________ (Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh __________________________________________ dengan kekuatan ___________ peserta.

Seterusnya Rumah _____________________ (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, diketuai oleh _____________________________________________dengan kekuatan _____________ peserta.

Akhir sekali Rumah ___________________________________________________ (Kuning), Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh _______________________________________________________dengan kekuatan _____________ peserta.

LAGU PATRIOTIK
Hadirin diminta bersedia dan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negeri Pahang dan Negaraku.




Nilai murni amalan kita,
Sahsiah etika sesama sendiri,
Jangan suka hasut dan dusta,
Hemah tinggi itulah akal budi.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia, En. ______________________________________________________________________________________________________________________________________

Yang Berusaha, En Mohd Razully b Mohd Shariff, Pengetua SMK Ringlet.

En. Abdul Rahman b Mohd Hussain, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Hjh Noor Manisah bt Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. ________________________________________________, Pengurus kejohanan 

Guru-guru Kanan, guru-guru dan para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah dan syukur rahmat, sesungguhnya terbukti pada hari ini tanpa kerjasama erat di antara para guru, para murid, para ibu bapa dan khasnya keprihatinan badan konglomerat seperti TNB sukarlah kita laksanakan agenda pagi ini. Oleh itu marilah kita sama-sama jauhi dan tinggalkan segala sikap mazmumah atau negatif yang hanya membawa kepada keruntuhan dan kelemahan SMK Ringlet dan kita suburkan berbaik sangka untuk terus bekerja  sebagai ibadah umum dalam satu keluarga besar demi kemajuan generasi akan datang.  Insya Allah

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis, dipersilakan pula Ustaz Sanusi untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih ustaz atas bacaan doa itu tadi. 


UCAPAN PENGETUA
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula En Mohd Razully b Mohd Shariff, Pengetua SMKR menyampaikan ucapan.

Terima kasih penuh budimu dijunjung ayahanda pengetua. Ambil yang jernih, buang yang keruh.


UCAPAN PERASMI
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula En ___________________________________________________________________
Bagi menyampaikan ucaptama dan merasmikan kejohanan sukan tahunan yang pertama kalinya diadakan di sini.

Tanam laguni tumbuh kelapa
Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati


Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang. Tepukan buat beliau

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

- Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan yang akan disempurnakan oleh Gabungan Unit Beruniform SMK Ringlet
(Tunggu sehingga bendera kejohanan selesai dinaikkan)
- Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan SMK Ringlet tahun 2012.


BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Hadirin sekalian

- Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik_____________________________. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.

- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.



UPACARA LARIAN OBOR KEJOHANAN
Hadirin sekalian,
- Majlis diteruskan dengan upacara larian obor Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Bugaya yang akan disempurnakan oleh Adik Mohd. Sufrie Bin Osman.
(Tunggu pelajar berlari dalam jarak 2meter)
- Untuk itu, dipersilakan En.___________________________________merangkap perasmi kita dengan diiringi oleh ______________________________, Pengetua SMK R, untuk menyalakan obor kejohanan.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


ACARA PEMERIKSAAN PERBARISAN

 (Seterusnya, diminta kepada semua ketua Guru Rumah Sukan dan Guru Penasihat badan-badan beruniform untuk turun ke arena bagi menyempurnakan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan bersama Perasmi sebentar lagi).
- Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha ____________________, Pengetua SMKR menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, En._______________________________, turun ke arena bagi menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan. Dipersilakan.
*Pasukan yang pertama adalah pasukan rumah Merah. Pasukan ini telah dibimbing oleh . ________________________________________________
*Pasukan yang kedua ini adalah pasukan rumah Biru. Pasukan ini telah dibimbing oleh . __________________________________________________.
* Pasukan yang ketiga adalah pasukan rumah Hijau. Pasukan ini telah mendapat bimbingan daripada . ____________________________________________
* Pasukan rumah sukan yang keempat adalah pasukan rumah Kuning. Pasukan ini telah dibimbing oleh .______________________________________________.
- Seterusnya pemeriksaan perbarisan yang sedang berlangsung berada pada pasukan Kadet Bomba. Unit ini dibimbing oleh . ________________________________.
- Unit seterusnya adalah Unit Persekutan Pengakap Malaysia. Unit ini di bawah bimbingan ______________________________________________________.
-Unit terakhir pada hari ini adalah Pasukan Kadet Polis. Pasukan yang gagah perkasa ini mendapat bimbingan daripada En. ____________________________
Terima kasih diucapkan atas kesudian menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.


PERARAKAN KELUAR KONTINJEN
Seterusnya kita akan menyaksikan keberangakatan keluar kontinjen rumah sukan dan unit-unit beruniform dari padang.

ACARA BALAPAN
Hadirin sekalian,
-Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan, iaitu acara



-Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.

Sebut ikut buku program

Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput En.__________________________________________________________, _____________________________________________________________  untuk menyampaikan hadiah.
Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi.
(Rujuk Meja Data)
Seterusnya, diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.
-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.
Kini, diumumkan pula pemenang pertandingan perbarisan pada hari ini bagi kategori unit beruniform.
-Tempat ketiga berjaya dirangkul oleh_____________________
-Naib Johan digondol oleh____________________________
-Dan Johan jatuh kepada__________________________________
Terima kasih diucapkan kepada En. _____________________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.
Hadirin sekalian,
-Seterusnya dijemputEn_________________________________________________dengan diiringi oleh En _________________________________________________l untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilaan
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Adik____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.
-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-__ jatuh kepada:
Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.


CENDERAHATI KEPADA VIP
Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan En ____________________________________________________________________________________________________________, untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. _______________________________________________________________ sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan serta menutup majlis kita pada pagi ini.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.


PENUTUP

- Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

- Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua.
p/s: Seterusnya, dijemput Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, Tuan. Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil untuk mengiringi En. Aziz Bin Jamman serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.



No comments:

Post a Comment