Followers

Saturday 12 January 2013

MAKNA TERSIRAT UCAPAN TOK KENALI

MAKNA TERSIRAT DARIPADA UCAPAN TOK KENALI -underscore carigold.com

Tok Kenali pernah mengucapkan sebuah syair yang ada kaitan dengan pemerintah, katanya

"Kedudukan sesebuah kerajaan menurut pemerintah-perintahnya, seandainya musang menjadi raja dan tikus pula menjadi menteri; akan rosak dan kacau-bilaulah ia, dimana tonggak negara akan runtuh dan porak-peranda". 

Syair ini memberi amaran dan peringatan kepada rakyat sesebuah negara atau negeri agar memilih pemerintah dan pentadbir yang terdiri daripada mu'min yang paling layak dan bertakwa kepada Allah swt.

Jangan terdorong memilih pemimpin yang mencari kepentingan diri tanpa kepentingan Allah iaitu mengutamakan soal-soal keagamaan.

KATA-KATA HIKMAT TOK KENALI
Pernah suatu ketika Tok Kenali mengucapkan kata-katanya berkaitan orang yang merokok.

"Merokok itu hina, mendungu, membazir dan keji.
Kerendahanlah bagi penghisap dan penagihnya.
Darinya menguap kemenyan hantu yang busuk diluati
Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dan peribadi."

Selain itu ia sesuai dengan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, bahawa MEROKOK ADALAH HARAM, sebagaimana surat mengenainya yang telah tersebar luas dalam masyarakat sedikit masa dulu.

Kerana itu sama-samalah kita tinggalkan kerja-kerja membazir dan dilarang dalam ajaran Islam termasuklah perbuatan merokok.

Sepatutnya sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Alah swt hendaklah kita meninggalkan kerja yang sia-sia ini, sebagaimana sikap para sahabat Rasullullah yang dengan segera meninggalkan sesuatu yang diharamkan oleh agama bila ada perintah Allah

No comments:

Post a Comment