Followers

Friday 4 January 2013

Pantun Sindiran Perumahan Puncak Arabella


PANTUN PENGERUSI JMB PUNCAK ARABELLA 2012
Petik ulam daun selasih
Sayang layu atas jerami
Ucapan ikhlas terima kasih
Bina Arabella kediaman kami

Tebang buluh dibuat rakit
Dapat rebung boleh dijaja
Rumah kami di puncak bukit
Malangnya bumbung bocor sahaja

Hijau pucuk teh menggapai awan
Minuman tradisi keluarga diraja
Pelan dipamer lengkap berdewan
Mengapa kini tatapan sahaja?

Jual sutera beli mastuli
Rosak susu kerana nila
Gelanggang futsal meriah sekali
Sayang MDCH berhajat pula

Buah strawberi masam rasanya
Banyak dijual di pasar tani
Rumah kami entah kukuhnya
Cacat rosak sana dan sini

Pernah tragedi  gempar seketika
Highland Tower menyembah bumi
Hajat MDCH hak milik belaka
Entahkan bersisa untuk kami?

Aduan Rakyat rancangan kini
Karam Singh suka  bermain bahasa
Sudah mengadu sana dan sini
Tiada peduli malangnya rasa

Serat surut terlangkah kembali
Siram air mata  berlinangan
Ziarah  Dato’ tanda peduli
Dengarlah aduan berilah pertolongan
 (Disediakan oleh Pn Norazliah Ani)

No comments:

Post a Comment